Wednesday, July 13, 2011

Misteri KARAK

Terasa nak menulis sesuatu diruangan ini...tetapi otak blur..kosong..tak thu apa hendak dicoretkan..tetiba teringat malam semalam aku dengan geng adik aku melihat movie KARAK terbitan KRU...ramai orang cakap movie tu diadaptasikan daripada cerita betul..rasa ingin tahu tentang lebuhraya KARAK ni mula membuak-buak..

Then,aku mula search kat google pasal misteri KARAK ni...sebenarnya kan..karak ni ada dua jalan..jalan lama Karak (KL-BENTONG) dan satu lagi Lebuhraya Karak (baru). Kawan-kawan aku ada cakap kat aku yang jalan lama KARAK tu berpuaka..sekarang ni ramai orang dah tak nak lalu jalan tu pada waktu malam ataupun siang...ai..seram pula rasa..dahla masa menulis coretan ni aku sorang2 kat rumah....

History of KARAK...(jeng..jeng...jeng...)
1. Lebuhraya Karak ini dibina pada thun 1970 dan mula dibuka pada tahun 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland..
2.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta..
3. Volkswagen kuning...sepertimana yang diceritakan dalam movie KARAK, situasi tersebut benar-benar berlaku. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…wallahualam.. nak tahu lebih lanjut pasal volkswagen kuning, klik sini... Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, pada tahun 1998 ada yang mendengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus…haaaa......seram tak?????????
4.Kereta Misteri- Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara menimbulkan misteri.
kereta bsemadi dalam selut
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

JALAN LAMA KARAK

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!
(sama cerita dalam movie karak....)

Korang ada cerita tentang pengalaman korang semasa melalui lebuhraya KARAK??? sila lah share disini...aku ni bab2 cerita seram memang curious nak tahu...pape pon ingatlah bahawa apa yang terjadi semua dibawahkekuasaan Allah dan makhluk halus itu juga wujud sebagaimana ia telah inyatakan dalam Al-quran...dan berhati-hatilah semasa memandu dilaluan KARAK ini..banyakkan membaca ayat2 al-Quran...
Sekian...
Artikel diambil dari TUKANG KARUT blog...


www.tips-fb.com

10 comments:

me | is | aku said...

ohh. igtkan cerita Volkswagen kuning tu kat area perak.. rupenye btul2 kt karak yer..

Gadis Merah Jambu said...

ntahla..sy pon cnfuse gak..ada y ckp kt terowong perak...

me | is | aku said...

ohh. xpe2. btw nice sharing :)

Salina@IbuAqil said...

Meremang bulu roma akak baca entry ni.. Serius!!! TQ dik sbb cerita.. Akak mmg x berani nengok cite KARAK tu walaupun mmg teringin bebenor nak tgk..

Salina@IbuAqil said...

akak nak mintak share artikel ni ye dik.. :) eiiii tatotnyer!!!!

anisalya said...

kete kuning tu ada kat dua2 tmpt kot...
hahaha...
tp sepanjang sy lalu area tu belum pernah lagi la kena apa2. pernah jugak berjaga malam semata2 nak tengok apa ada kat luar tp ye la... kalau ada betul kang blh jdk benda lain pulak.
Allah tak restu la tu. hehehe...

Gadis Merah Jambu said...

kak salina: share je lah kak..(^_^)
anisalya: mtk2 tk kena lah...tkut.....heee

nur azmina athirah said...

ape yg awk cerita kan tu memang btul tambah lagi yg kt atas bumbung kereta tu.....

۩PinkyLady687۩ said...

jenjln cni..nice blog..pink gtu..

Anonymous said...

JIKA DI LEBUHRAYA KARAK ADA VW WANA KUNING..
JIKA TEMPAT KAMI LEBUHRAYA MERAGGANG
AKU PENAH JUMPA KERITA MODEL70AN TOYOTA COROLLA WANA MERAH...PARKING BETUL2 DI TENGAH2 JALAN DI WAKTU TENGAH MLM..WAKTU ITU AKU MEMANDU SANGATLAH LAJU..TAK DAPAT ELAK TERUS LANGGAR SAJA...YG HAIRANYA KERITA ITU HILANG TIBA2....JIKA AKU MENGELAK WAKTU ITU TAK TAU LAHH....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails